Monday, August 3, 2009

Antara Cinta Dan Persahabatan

Antara cinta dan persahabatan
andainya ku diberi pilihan untuk memilih antara kedua-duanya
akan ku pilih kedua-duanya
kerana bagiku ia sama beerti dan bernilai dalam hidupku

Cinta
suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya
kerana disebalik keindahan cinta itu
tersirat seribu kepahitan
pastinya merentap kedaimaian jiwa
seorang pencipta setia
tatkala ikatan diundang kekecewaan

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
yang punyai hati dan perasaan
hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
tidak terungkai dengan bicara di bibir
tidak tergambar dengan lakonan
begitu syahdunya kurnaan Ilahi
lahirnya dari hati seorang insan
berakal beremosi penyayang dan berperasaan

Persahabatan
suatu ikatan yang lahir dari hati
keinginan yang ikhlas
bagi berkongsi tangis tawa kasih sayang serta keakraban
sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
tentang impian dan pengertian hidup ini

Persahabatan yang murni dan suci
adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran
diwarnai dengan keikhlasan
dicurahkan dengan kasih sayang
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
robohlah tembok kejujuran sebuah persahabatan

Teman yang budiman
mengertilah maksudku ini
sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku ini
sejak pertemuaan kita

Kita bina tugu persahabatan
yang dipagari dengan besi kedewasaan
yang teguh berdiri megah di hati kita
tak tumbang dek rintangan
hanya satu pintaku
agar dirimu sentiasa mengigati diriku…

2 comments:

pemudaharapan said...

huhu...
bagus2...ak pun nk pilih dua2..tapi kalo satu je boleh pilih. ko nk pilih mane??huhu..gurau je..best2 ayat2 tu..:)

Anonymous said...

salam ziarah..
betol tu..ant cinta dan persahabatan mmg mengelirukan..xp kdg2 cinta tu lahir dari persahabatan..so, rahsia di hati tak siapa yang tahu...hanya ALLAH saja yg maha mengetahui..

-starflower-