Saturday, May 16, 2009

Renungkan

Ku Berfikir


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan :

‘Kami telah beriman’, sedangkan mereka belum diuji lagi?” Al-Ankabut: 2


“Kalau hati ingin berkasih

Kasihlah Dia Yang Maha Pengasih

Kalau hati ingin bercinta

Cintailah Dia Yang Maha Esa

Kalau hati ingin menyayangi

Sayangilah Dia Yang Maha Suci

Kerna rindu Dia tidak bersadur

Kasih Dia tidak memilih

Cinta Dia Maha Setia

Kerna rindu manusia rindu bernafsu

Kasih manusia tidak menentu

Cinta manusia cinta palsu..