Tuesday, November 11, 2008

Tangisan temanku



Entah mengapa, saat ini hatiku sayu lagi. teringat akan mak ayah yang jauh. air mata ini tidak dapat ditahan. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka..

alangkah besarnya pengorbanan meraka membesarkan diri ini. tanpa disedari, diri ini dah hampir menjadi manusia yang berguna. dah masuk U pun.. inilah yang diimpikan oleh kedua ibu bapa, yang inginkan anak2 mereka berjaya. moga kejayaan yang mungkin akan ku kecapi ini tidak hanya untuk di dunia, tp akhirat..

Mak, abah..
maafkan segala dosa2 anakmu ini. maafkan segala kekasaran yang telah diri ini lakukan. maafkan lah diri ini.

Mak, abah..
doakanlah kebahgiaan untuk anakmu ini. kadang2 aku seksa menghadapi hidup ini. entah mengapa, hidupku ini.... entah.. doaknlah untuk anakmu ini..

Mak, abah..
akan ku kenang jasa mu membesarkan ku. terkadang diri ini alpa, tapi dirimu mengigatkan ku. terkadang hasrat hati ini x dipenuhi, tapi aku tahu mungkin ada hikmah disebalik semua ni.

adakah aku emosi ? salahkah aku untuk beremosi? apakah nilai air mata ini ?

Perjuangan aku belum lagi selesai. masih banyak halangan yang menantiku dihadapan. adakah aku mampu untuk menghadapinya ??

Mak, abah
bantulah anakmu ini untuk menempuh hidup ini..

Ya Allah, bantulah hambamu yg daif ini.. segala puji hanya baguMu Ya Allah..


( Rabu , 04.04 am)

Monday, November 10, 2008

Nilai Air Mata




Saat ini, aku terdiam.. terkaku.. kasih semalam hanya tinggal kenangan.. dulunya tangis ku ini x berair mata tp saat ini, air mata bagaikan teman malam ku... teman malam yg menemani sepiku. kerana .......
apakah salahku . memang betul, dunia ini hanya sementara.. hanya mainan semata. aku sedar siapakah diriku ini. aku tiada hak atasnya.. aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah.

Di saat mata masih berjaga, kenangan ini x mungkin akan ku lupakan. Dirimu indah buatku. tp, mungkin diriku ini banyak kekurangan padamu. Ingin ku hiasi hidup ini dengan kebahgiaan, tapi malang nya hasrat ku ini telah dilumpuhkuh oleh sikapmu. apakah dirimu ini sukar untuk membuang perasaan dengki pada orang lain? apakah niat sebenarmu ? apakah nilai air mataku ini padamu ?

Air mata ini bermakna bagi mereka yg memahaminya. Ia lah teman di kala duka penghibur di kala sunyi. bersyukur padamu tuhan kerana memberikan diriku nikmat ini.

Apakah Air mata ini dapat dibayar ? apakah nilai Air mata ini di pandangan orang ? apakah nilai Air mata ini padamu ?
Kalaulah diri sendiri tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula cuba menambah dukanya.

Apakah nilai Air Mata ini ???.....


Renungkan...
(Rabu,4.00 am)