Tuesday, October 28, 2008

Wahai Sahabatku


Wahai Sahabatku


Terima Kasih kepada Ainol a.k.a Syuib (F) yg antar sajak ni...












Tahukah dirimu..


Bahawa daku menyayangimu kerana Allah

Daku gembira jika dirimu mencintai Allah,
Daku gembira jika dirimu dicintai Allah
Kita tidak pernah terfikir untuk bertemu..
Namun, kita telah ditemukan disini..
Dibumi ini, lalu kita menjadi sahabat

Sahabat..
Masa depan adalah milik Tuhan,
Kita tiada kuasa untuk menghalang segala ketentuanNya..
Sebagai hamba, kita hanya perlu berusaha..
Sehingga berjaya menjadi hamba yang taat kepadaNya

Sahabat..
Hanya satu pintaku,
Didunia yang sementara ini,
Bertaqwalah kepada Allah walau dimana dikau berada,
Gantikanlah kesalahan yang telah dikau lakukan
Dengan kebaikan sebanyak mungkin…
Tinggalkan segala perkara yang sia-sia
dan hanya merugikan dirimu..
Kita telah dilahirkan sebagai juara semenjak didalam rahim ibu
Teruskan menjadi juara dan pemimpin yang menyayangi dirimu..
Sayangilah dirimu, bertanggungjawablah kepada dirimu
Lakukanlah kebaikan untuk kebahagiaanmu dunia dan akhirat.

Sahabat…
Sementara rohmu berada didalam jasadmu..
Kita masih ada masa untuk menambah iman..
Iman itu kan bertambah dengan ketaqwaan dan kebaikan
Dan ia kan berkurang dengan maksiat dan kejahatan…
Daku tidak bercadang menyakitimu,
Namun, dikau adalah sahabatku,
Lalu, daku terpanggil untuk menyatakan..
Sedikit nasihat, agar daku menjadi sahabat yang bererti dalam dirimu
Menjadi pendorong kebaikan
Bukan sekadar teman untuk ketawa bersama.

Sahabat,
Daku mempunyai impian,
Impian yang kutanam bersama semua sahabatku,
Daku ingin kita bertemu didunia dan didalam SyurgaNya.
Menatap indah wajah Allah , Rabb yang mengurniakan nikmat percuma
disetiap saat dan ketika..
Bertemu RasulNya, yang hidup penuh pengorbanan.
demi Islam tercinta.
Doaku, kita akan menjadi hamba yang diredhaiNya.
Kerana nyawa dan kebahagiaan hari ini
tidak diketahui bila akhirnya.
Umur yang bertambah,
mendekatkan kita pada kematian yang pasti tiba.
Kebaikan itu datang dengan usaha dan doa
Lalu berdoalah dikau kepadaNya

Sahabat..
Maafkan daku,
Andai coretan ini menyakitimu..
Daku hanya ingin mengingatkan diriku dan dirimu,
Pada janji kita dialam Roh,
Bahawa kita akan taat kepadaNya..
Salam Persahabatan
Semoga Allah menyayangi semua hambaNya
Doakan daku agar daku menjadi hamba yang soleh
Dan sahabatmu yang baik
Maafkan daku….

Thursday, October 23, 2008

Aku Perlu

Aku perlu teman untuk melalui
Aku perlu kawan untuk berbagi

Aku perlu bayangan untuk mengikuti
Aku perlu mentari untuk menerangi

Aku perlu air untuk menyirami
Aku perlu pohon untuk meneduhi

Aku perlu pagi setelah gelap hari
Aku perlu tempat untuk kudiami

Aku perlu tersenyum setelah bersedih
Aku perlu hati untuk disayangi

Untuk itulah kuingin kau tetap disini
Hingga kelak kujadikan seorang istri

Tuesday, October 21, 2008

Ku Di Halaman Rindu

Ku Di Halaman Rindu
LEFTHANDED

Di tengah kepekatan malam

Berdiri aku di halaman rindu

Dihembus kenangan lalu

Menjelmalah seraut wajah

Sekuntum bunga yang pernah ku puja

Tapi layu akhirnya



Ingin ku tembus tembok silam

Dan membaiki kesilapan kita

Yang tiada kita rasa

Dahulu maaf tak bererti

Darah muda menguasai diri

Begitu mudah membenci



Ku di halaman rindu

Hanya berteman

Bunga yang layu

Ku di halaman rindu

Tiada harum

Tiada madu

Oh kesalku membeku di kalbu



Oh kasihku hanyalah untukmu

Monday, October 20, 2008

Antara Dua Kasih


Antara Dua Kasih


Deru ombak pecah berderai

Mengulang pantai datang dan pergi

Begitu kasih insan diibaratkan

Bagai ombak merubah pantai



Tika kasih melestarikan sayang

Semuanya indah dipandang mata

Pabila rasa benci terbit di hati

Rasa kasih dan sayang pun menyisih



Tanda kasih yang abadi

Dalam senang jua dalam kesempitan

Kasih Ilahi tiada bersempadan

Tak memilih siapa tidak berakhir

Kekal selamanya



Di antara dua kasih

Di maqamnya yang berbeza

Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara

Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman

Namun nafsu menodainya



Terkadang kasih kita sesama insan

Bisa mengundang keredhan Tuhan

jika insan menghargainya

Dan memuliakannya



Kasih sayang Allah kekal selamanya

Kasih manusia hanya sementara



Deru ombak pecah berderai

Mengulang pantai datang dan pergi

Begitu kasih insan diibaratkan

Bagai ombak merubah pantai


Friend Forever

Penderitaan Hidup ?


"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah anda pula menambah dukanya."

Kehidupan ini bukanlah suatu jaminan, tetapi hanyalah satu peluang . Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.

Hidupku ini berubah ubah. ape yg blh aku ckp ?? ntah la.. semuanya sudah takdir..inirah Lumrah Kehidupan.. sesungguhnya, dalam kehidupan ini banyak halangan dan rintangan. semua ini trpaksa ditempuhi demi meneruskan hidup.

adakalanya, perasaan cemburu sering manghantui diri bila melihat orang lain dalam keadaan ceria. tp aku..... Tuhan sajalah yg tahu.. Hati ini, Allah je yang tahu. sedih juga mengenangkan kisah silam, sahabat sendiri telah membuang jauh diri ini, dan tidak akan maafkn diri ini dunia akhirat. apa salah diri ini.. aku inginkan kepastian. kenapa sampai begini.. Ya Allah..

ntah la.. jika difikirkn , mgkin dah takdir orang membenci begini.. membenci dunia dan akhirat. apa blh buat.. orang dah benci. menangis pun dah tak guna.. menangis pun orang xkn faham.. walauapapun, aku kena kuat, kena teruskn hidup ni. hidup yg tak tahu bila penghujung.. Moga aku akan bahgia.. Moga sahabat2ku juga akan bahagia.. ingatlah wahai sahabatku, aku tidak pernah menyimpan dendam walaupun ada yg berdendam denganku. Jujur aku katakan aku menyayangi sahabat2ku. Moga persahabatan ini terbina dengan ikatan yg kukuh.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan "




Friday, October 17, 2008










Lawatan Kerja


Xde ape sebenarnya.. saje je letak

gambar2 ni sebagai penyeri hidup..

( ^ -^)

Monday, October 13, 2008

Fitrah Manusia


Sudah merupakan ketentuan Allah Subhaanahu Wata’aala bahwasannya air
telinga itu pahit rasanya. Fungsinya adalah agar hewan-hewan kecil tidak mudah masuk
ke dalam rongga telinga. Setiap kali ada hewan kecil yang berusaha masuk ke dalamnya,
pastilah ia akan segera berbalik mencari jalan keluar.

Allah menciptakan air mata rasanya asin, tujuannya agar dapat menjaga
kesehatan mata, sebab lemak yang ada pada mata mudah sekali rusak, maka air
matapun diciptakan asin untuk memelihara keduanya.

Dan Allah menciptakan air liur itu rasanya tawar agar dapat mencicipi berbagai
jenis rasa sesuai dengan rasa aslinya. Sebab, bila rasanya tidak tawar, tentunya setiap
rasa akan berubah. Misalnya orang yang air liurnya menjadi pahit karena penyakit, maka
segala sesuatu yang dicicipinya menjadi pahit, padahal sebenarnya tidak pahit.


Seorang penyair berkata :

Siapa saja yang air liurnya pahit karena sakit
Maka air tawar akan terasa pahit baginya

Friday, October 10, 2008

Tolong sampaikan pada si dia…



Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong

beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong

beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia

menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan

mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..


Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong

katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia,

dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat

kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan

harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia

mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam

angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si

dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong

sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah

ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan

dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab

bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar

kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. Tolong

pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia.

Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam

impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan

pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,

hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong

sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau

Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak

mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan

Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar

berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku

suatu hari nanti..

Thursday, October 9, 2008

Friendship... Fri(END)ship ??

:-) Friendship (-:

Many people will walk in and out of your life.
But only true friends will leave footprints in your heart.
To handle yourself, use your head;
To handle others, use your heart.

Friends


Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.

Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.



He, who loses money, loses much;
He, who loses a friend, loses much more;
He, who loses faith, loses all.

Beautiful young people are accidents of nature,
But beautiful old people are works of art.

Learn from the mistakes of others
You can't live long enough to make them all
yourself.

Friends, you and me...
You brought another friend...
And then there were 3...
We started our group...
Our circle of friends...
And like that circle...
There is no beginning or end...

Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.
That is why it is called the present.


(-: Don't make them disappointed! :-)