Friday, October 10, 2008
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong
beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong
beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia
menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong
katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan
harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia
mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam
angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si
dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong
sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. Tolong sabarkan si dia, usah
ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan
dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab
bertambah rindunya.. Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar
kepadanya.. Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. Tolong
pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.. Tolong khabarkan pada si dia.
Aku tidak mahu melekakan dia.. Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam
impian dan cita-citanya.. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. Tolong sampaikan
pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. Tolong
sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri... Hanya engkau
Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak
mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan
Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar
berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku
suatu hari nanti..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment